MURID. Masa Untuk Rasa Indahnya Dunia

Ahli keluarga yang sudah tamat tempoh berada di PS, apabila tiba masa untuk pulang ke pangkuan keluarga (bebas), ada antaranya tidak mahu pulang, mereka mahu terus tinggal di re-entry. Faktor tidak mahu pulang ialah kerana mengatakan mereka tidak kuat.
Sering kali ahli keluarga yang jatuh relapse semula, mengakui mereka tidak kuat. Mereka takut dan khuatir, rakan-rakan lama boleh mempengaruhi mereka. Ada cerita yang saya dengar dari ahli keluarga, waktu dia bebas, kawan sepenagih datang ke rumahnya kerana gembira lantaran dia sudah bebas dari pusat dan bebas dadah, namun malangnya dia pula yang memberikan duit minta kawannya itu membeli ”barang” untuk di guna bersama. Akhirnya dia terjebak semula, saya melihat bukan faktor ajakan kawan sebenarnya, tetapi keinginan dari diri sendiri, dari sinilah mereka mengatakan tidak kuat. Satu persoalan timbul dalam hati saya, dimanakah sebenarnya letak duduk kekuatan itu. Dari persoalan itu, saya membangun sebuah journal penulisan, di harap ada betulnya dan boleh membantu mana-mana pihak sedang mencari jawapan.


Dimanakah sebenarnya kekuatan itu? Saya bercakap dengan ahli keluarga, bagaimana nak bina kekuatan itu, kalau ada dijual dipasar, memang kita akan membelinya. Namun, kekuatan tidak ada dijual, bahkan kita perlu mencarinya. Mencari kekuatan sebenarnya sangat lama, perlu melalui proses yang lama, dari semenjak kecil, kekuatan itu berada di dalam batin. Melihat ibu solat dan berdoa panjang itu merupakan satu program secara tak langsung membina kekuatan pada seorang anak. Mendengar bapa berzikir, azan dan membaca Al-Quran (bagi Muslim) adalah satu kekuatan awal bagi sang anak.


Kosong dan Perlu Di Isi


Dalam tubuh manusia ada 3 rongga yang kosong dan perlu di isi. Yang pertama ialah perut. Perut perlu di isi, tanpa pengisian, manusia akan merasa lapar seterusnya menjadi kacau, bahkan boleh berlaku perbalahan, malah perang gara-gara perut. Dari itu tuhan menyuruh manusia makanlah dan minumlah dari semua makanan yang disediakannya di muka bumi ini. Kecuali makanan yang haram, kerana hukum itu menanda ada mudarat disebaliknya. Termasuklah ganja, heroin dan ubat-ubatan bikinan manusia dewasa ini.

Lubang kedua ialah otak, otak juga kosong kalau tak di isi, manusia perlu mengisinya, sementara makanan bagi otak ialah ilmu. Jikalau perut penuh tapi otak kosong, macam-macam juga boleh jadi. Manusia tidak berfikir menurut kewarasan, tetapi mengikut hawa nafsu.

Lubang ketiga ialah hati, hati yang kosong perlu di isi dengan zikir, mengingati Tuhan. Dalam agama lain disebut juga meditasi. Hati kosong boleh dimasuki syaitan. Andai perut penuh, otak pun berisi, tapi hati kosong, lupa dan lalaikan Allah, masih belum kuat.

Justeru, ketiga-tiga rongga tadi perlu di isi. Disinilah saya memandang kekuatan seorang manusia.

Norish

Speciality Programme For Alcohol And Drug Abuse

Universiti Sains Islam Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre