Cuplikan Dari Kajian Kes Penagihan

Penulis dan rombongan bersama Haji Suki , Tuan Guru di Inabah Kedah
Sejarah Hidup
Klien dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1984. Bapanya membuka usaha warung kedai makan di Chow Kit, Ibu kota Kuala Lumpur. Manakala ibu klien membantu bapanya menjalankan perniagaan. Sebagai anak bongsu, klien sering bersama ibu dan bapa, dibawa ke mana sahaja. Tempat yang paling lama tinggal sehari-hari ialah di warung bapanya, Chow Kit. Dimana disitu ramainya penagih dadah berkeliaran. Ketika berusia 5 tahun (1989) klien pernah mencuba-cuba mengambil putung rokok dan cuba menghisabnya. Perbuatan ini dilakukan atas dasar ingin tahu.
Pada tahun 1990, klien dimasukkan ke Tabika Perpaduan di Keramat. Masuk usia 7 tahun, klien dihantar bersekolah di SK Jalan Gurney sehinggalah tamat darjah enam. Pada sebalah petangnya, klien bersekolah agama di salah sebuah sekolah agama rakyat berhampiran tempat tinggalnya. sambung

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre