PUTERI ISLAM TAK BAGUS, CIKGU



Berhati-hati bila mengambil kira cakap anak. Memang budak ini seorang yang polos (cakap apa adanya), tidak pandai menipu lagi. Namun sebagai cikgu, mak dan ayah, kena teliti dulu cakap mereka. Jangan telan bulat-bulat, jangan kasi naik angin kita dibuatkan. Apalagi yang ada penyakit lemah jantung ke, takut-takut cepat mati....sedang tak sempat minta maaf.

Ada ada sebuah kisah, berkait dengan mulut budak ni, cerita ini saya dapat dari ibu kepada murid itu sendiri. Kisah ini dituturkan sendiri pada saya.

Cikgu kita dulu suruh pilih nak rumah pasukan apa kan, ingat tak, saya dulu pilih pengakap. Tetapi zaman sekarang, disebabkan murid ramai sangat, kalau cikgu bagi pilihan, semua akan masuk pengakap... atau semua masuk puteri Islam, ... begitulah kononnya, sehingga persatuan lain akan berkurang ahlinya.

Untuk memudahkan cerita, supaya guru yang ahlinya ramai tidak menjadi susah, kalut dan sibuk, sekarang ini cikgu dah siap agih-agihkan murid ini masuk apa, murid itu masuk persatuan apa. Ada lah seorang anak murid darjah 4 ni, dia tak suka Persatuan Puteri Islam, sorry bukan tak suka, tetapi lebih berminat nak masuk pengakap jugak. Dia baliklah mengadu pada ayahnya... setelah mengadu ayahnya berpesan, besok pergi jumpa cikgu, (kelas tu)cakap "cikgu, saya nak minta tukar persatuan lah". Saya nak masuk pengakap.

OK lah, besoknya, dia pun pergilah ke sekolah dan jumpa cikgu, ringkas cerita, dia kata begini, "cikgu, ayah saya cakap puteri Islam tak bagus". Saya nak tukar .....Petangnya dia balik rumah, mak nya bertanya ;

Mak : Engko dah cakap belum kat cikgu?
Anak : Dah...
Mak : Engko cakap macam mana
Anak : Cikgu, ayah saya cakap puteri Islam tak bagus...
Mak : Masya Allah bila masa pulak ayah engko cakap macam tu....?

Gamaknya, apa yang terlintas pada fikiran seorang guru, apabila anak murid berkata begitu, ayah dia pakai kopiah pulak tu, tentulah cikgu akan berkata dalam hati, teruk benor ayah engko ni ya.

Jadi ..pada semua...ambil lah iktibar, jangan telan sepenuhnya cakap anak. Jangan anggap anak-anak ni tak kan buat salah, kerana dia masih bersih. Ingatlah...firman Tuhan, Sesungguhnya anak-anakmu, adalah cubaan bagimu". Dalam ayat yang lain, Dan hari akhirat itu tiada tiada manfaat harta dan anak-anak, melainakan orang yang pulang mengadap Allah dalam keadaan hatinya bersih, qalbin salim".

Untuk lebih arif tentang psikologi anak, bacalah buku Psikologi Remaja, banyak pengarang yang sudah membukukannya, antaranya Prof.Dr.Zakiah Daradjat, Indonesia. Alamak, jauh benor buku ni, tak pun, kat Malaysia rasanya ada jugak buku-buku seumpama ini.

Comments

Abang Long said…
Pergilah ke Pesta Buku ....
Norish @ Afraima said…
sampai bile tuan pesta tu

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre