Rakyat Malaysia dipenjara 8 tahun kerana heroin

BRISBANE - Seorang wanita Malaysia, Ramia Jimson dipenjarakan selama lapan tahun kerana menyeludup hampir dua kilogram kokain ke Australia, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia sebelum ini ditangkap oleh pegawai-pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada 3 Mac lalu selepas tiba dengan satu penerbangan dari Brazil.

Pendakwa Raya Komanwel, Glen Rice berkata, Ramia dipilih secara rambang untuk pemeriksaan beg secara rambang di mana beberapa pegawai menemui 1.9 kilogram kokain yang disembunyikan dalam sebuah beg pakaian.

Rice berkata, dadah itu mempunyai nilai pasaran lebih AS$2 juta (RM7.41 juta).

Mahkamah diberitahu bahawa Ramia diminta oleh seorang rakan di Brazil supaya membawa beg itu.

Dia akan hanya memperoleh AS$2,000 (RM7,409) kerana peranannya dalam penyeludupan itu.

Peguam bela Ramia, Dennis Lynch berkata, anak guamnya akan menggunakan wang itu untuk cuba memperbaiki tahap kehidupan keluarganya yang miskin di luar Kuala Lumpur.

Lynch memberitahu mahkamah, pelanggannya itu menangis dalam perbicaraan itu dan kesal kerana kelakuannya. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre