Jika batu yang keras bisa sujud pada tuhannya, mengapa pula manusia tidak demikian? Tuhan berfirman "Dan sesungguhnya kami telah menyediakan dalam neraka Jahanam itu ramainya untuk manusia dan jin, yang mana mereka mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahaminya, dan mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihatnya dan mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengarnya.
Orang yang sentiasa menjaga solat, akan sentiasalah hatinya teringatkan hari pembalasan. Lantaran itu ia sentiasa mengawal dirinya dari dicampakkan dalam api neraka. Dia sedar solatnya bermula dengan berdiri, tanda tidak selamanya ia muda dan berjaya, kemudian rukuk, dia tahu dia akan melalui zaman tua, zman bongkok, kemudian sujud, dia sedar hidupnya akan berakhir dengan tersungkur ke tanah dan akhirnya salam, tamatnya sebuah kehidupan di pentas dunia ini. Justeru, jiwanya takut, takut benar akan di campakkan ke dalam api yang sangat membakar sehingga ke dada.
Ulama mengatakan, jika kamu menjaga solat berjamaah 40 hari 40 malam tanpa tertinggal satu rakaatpun, adalah kamu dibebaskan dari sifat munafik. Sabda Nabi Orang yang terbebas dari munafik, baginya kelepasan azab kubur.
terima kasih kerana mendorong-dorong giatnya penulisan ini. semoga bermanfaat buat semua yang terbaca dan membaca, petang tadi baru bg ceramah di SMK Dengkil. Bercampur cina, india dan melayu sekolah ini.pendekatan ceramah mengguna slide berunsur agama islam, macam di cemis oleh bukan islam.
Mungkin anda pernah mendengar ketamin, LSD, mefatamin, heroin, Ganja, Morfin, Candu, Kodein, MDMA, Minyak Hashis, Syabu, ATS, sedatif Hipnotif , Nonspan, Domikom, Pain Killer, Psilosibin, Ekstasi, nIKOTIN, Shisya, Benzodiazepin, Metadon, Naltroxone, dan lain-lain, itu semua adalah nama-nama bagi pelbagai jenis dadah yang terdapat dalam dunia hari ini. Dan masih banyak lagi nama-nama yang lain. Sementara itu, jika dikelaskan semua jenis dadah2 tersebut, ada 5 kelompok besar. 1. Opiat 2. Kanabis 3. Depresen 4. Stimulan 5. Halusinagen dan ada yang terbaru yang ke-6. Designer Drug. Opiat sebenarnya digunakan oleh doktor sebagai ubat bius.Semua dadah memberi kesan tersendiri. Majoriti kita lihat penagih dadah kurus, macam hantu jelangkong. Tetapi ada penagih dadah yang gemuk, tidak nampak pun kurus atau macam penagih. Dadah jenis apa tu? Itulah penagih ganja, ya ganja tidak menggemukkan, bahkan menambah selera makan. Justeru tidak hairan ada penagih yang gemuk. Namun ganja menjadikan mere...
Saya ditanya oleh kawan tentang pusat pemulihan yang bercirikan pondok. Ni dia saya masukkan gambar tempatnya, tok guru disini mendapat ilmu dari Cheherong, Thailand. Kata anaknya, penagih biasanya dibawa oleh keluarga sendiri atau pihak polis. Sampai di sini, memang lah mereka tidak mahu tinggal bersama dengan penagih dalam satu asrama. Namun anehnya, apabila ayah haji (pemilik tempat ini) memberi air minum yang dibacakan ayat-ayat tertentu, penagih tersebut terus serah diri sampai akhirnya dia mahu pulang. Sewaktu saya ke sini, ada seorang dari Terengganu, pekerja Petronas, bergaji besar jugaklah, tetapi terjatuh dalam lubang penagihan, dia disini hampir 2 tahun, pada hari tu, dia dah nak balik, dah pulih kata anak Ayah Haji. Saya sempat berkata, hati-hatilah balik nih, jalan salah pilih jalan lagi. Bagi tuan-tuan yang ingin mencuba hantar keluarga ke sini dengan teknik ala pondok, ada pengajian kitab dan sebagainya, boleh menghubungi Tuan Haji Zin bin Bakar, 09-7197507. Pusat r...
Comments
meme Allah dh buwi bnyak pringate dale al-Qur'e..
bg sesiapo hok tkse patuh pd larange-Nya, ibarat binate trnak..
buke kawe kato, tp Tuhe sebot dale Qur'e..
k syeikh..kawe suko demo tulih bab agamo ni dale blog demo..
TAHNIOH1