Aduhai Hotel..Apa Punya Bantal Daa

Hotel, sebut hotel, wah kali pertama masuk hotel ialah di Medan, Hotel Labuhan Raya di Jalan Gajah Mada. Bila balik Malaysia, tak pernah tinggal kat hotel, kecuali semuanya di bayar oleh kerajaan. Paling best naik kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu secara percuma. Bukan percuma.... tapi kerajaan yang bayarkan.
Yang paling tak best duduk kat hotel ialah bantal. Geram juga rasanya, kerana terpaksa tidur di atas span yang lembik. Apalagi kalau tinggal selama 4 hari 3 malam. 2 lapis bantal saya lapik, belum tentu dapat hilang sakit leher.
Hari ini saya berada di Port Dickson, jemputan UITM bahagian penyelidikan, untuk menyempurna kajian keberkesanan pelaksanaan program pencegahan pendidikan dadah di sekolah rendah seluruh Malaysia. PIhak penyelidik ini sebenarnya mendapar geran dari AADK, so kami-kamilah bekas pelajar SPADA di panggil untuk bersama-sama duduk berbincang. Mungkin ada lebih dan mungkin banyak kurangnya.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre