Penulis Buku Iqra' Versi Malaysia

Mungkin ramai tak mengenali Ustaz Ahairul Ismail, anak kelahiran Kampung Gaal yang kini menjadi penulis buku. Beliau yang dikenali dikampung sebagai tukang repair TV, adalah seorang Ustaz yang juga JU J-Qaf. Pengalaman di Aceh selama 5 tahun menjadikan dirinya padat dengan ilmu, lalu dipergunakan untuk manfaat sekolahnya. Beliau yang mahir ilmu komputer, kini tinggal di Semerak Pasir Puteh. Di kesempatan bertemu dengannya, ketika beliau ke Kota Bharu, saya mengajaknya bertandang ke rumah. Isterinya seorang warga Aceh, mempunyai 5 orang anak, berhasrat mempublikasi buku hasil keringatnya ke seantero dunia, jika mampu. Namun untuk setakat ini, akan di siarkan di Malaysia.
Katanya, pihak kementerian sedang menilai buku tersebut untuk dijadikan bahan kegunaan rasmi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau sedang dalam proses membina sebuah web site untuk kemudahan guru-guru J-Qaf seluruh Malaysia. Syabas sahabatku.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre