LADAP 5 DI SK BANGI
20 Jun 2009. BANGI. EN.Shamsuddin, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam hari menjadi tetamu undangan SK Bangi untuk menyampaikan ceramah LADAP bertajuk keluarga bahagia. Baru semalam beliau tampil di TV3 dalam siri khas jam 9.00 pagi.
Sakit perut jugak kekadang guru dibuatnya dengan gurauan dan misalan. Beliau pernah hadir ke sini dalam siri menyampaikan ceramah kepada ibu bapa murid tahun 6 empat tahun yang lalu. Kalau dulu dengan OHP, kini dengan Thumdrive. Kalau dulu di SK Kantan, kini di PUtrajaya. Namun satu masih belum berubah, kalau dulu dengan motosikal, namun kini dengan motosikal jugak.
Saya sempat bertanya, dengan apa tuan ke TV3 semalam? Dengan motorlah jawabnya, saya suka ke mana-mana dengan motor, sebab cepat sampai dan saya kurang arif jalan-jalan di KL, kalau tersesat mudah nak pusing balik.
Dalam ceramahnya tadi, beliau menekankan perlunya hubungan dalam keluarga di selangi dengan panggilan sayang. Satu hari, anda mesti menyebut sayang sebanyak 21 kali. Guru-guru diminta menghantar sms kepada pasangan masing-masing secara langsung dan menunggu jawapan yang diberikan. Puan Amizah adalah guru pertama yang mendapat jawapan. Beliau mendapat hadiah di akhir ceramah.
Beliau juga menekankan perlunya guru bersyukur dengan tugas sebagai pendidik, lebih-lebih dapat bekerja di Bangi, berhampiran bandar kota metropolitan besar. Tidak sama dengan rakan yang lain, terpaksa mengajar di Samarahan, berperang dengan keadaan, perasaan dan segalanya.
Comments