Semalan dan Esok....apakah begini selamanya
Andai esok hari Sabtu (27 Jun 2009) adalah hari cuti bagi kita semua, maka hari ini , hari Jumaat, tanggal 26 Jun 2009, merupakan hari terakhir kita bersua di sini dalam sebuah sekolah.
Selamat Jalan, itu yang dapat cikgu-cikgu di sini ucapkan,dan selamat berjaya. Kamu dilahirkan untuk masa akan datang. Justeru berjuanganlah untuk menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, bangsa dan agama.
Dalam pada itu, satu kem sedang berlangsung di SK Bangi melibatkan murid-murid tahun 4 seramai 50 orang. Abang dan kakak fasi dari KUIS bermurah hati ingin mencurahkan ilmu secara percuma. Semoga yang hadir dapat memanfaatkan cuti ini untuk mendapat suatu ilmu yang berguna.
Sebelumnya, 15 orang didapati menolak dari mengikuti program ini atas alasan ingin ke POrt Dikson, ke rumah saudara dan sebagainya. Padahal program ini percuma untuk mereka. Sayangnya mereka yang telah terpilih, tetapi menolaknya.
KIPAS 3 JUPITER, SAH ROSAK
Dalam kesibukan melayan pelawat dan ibubapa, admin pula melayan kelas 3 Jupiter yang kononnya terputus aliran elektrik sehingga 2 kipas dihadapan tidak berpusing. Bangunan kabin ini cukup meremaskan siapa sahaja yang berada didalamnya.
Pihak kontraktor Panasonic sebelum datang dan mengesahkan bahawa pendawaian yang bermasalah. Namun setelah semakan ulangan di adakan, dengan pelbagai cara, termasuk menyambung langsung dari suis utama ke kipas, ternyata tidak juga berfungsi selayaknya. Sahlah, kipas yang rosak, sedangkan aliran elektrik tetap ada. Justeru, kami memohon jasa baik baik ibu bapa 3 Jupiter, memberi pinjam sebuah kipas berdiri, untuk keselesaan anak-anak kita sementara kipas baru akan diganti. Kerana bilik kabin itu, terlalu panas jika kipas tidak dapat memainkan peranannya.
Dalam pada itu kelas 4 Neptune yang sekian lama ibarat periuk panas, juga mengalami masalah yang sama, dari pemeriksaan didapati fius ini yang tidak mempunyai elektrik. Kami sudah pun menukarnya. Terima Kasih di atas kesabaran pihak guru mengajar dalam panas dan murid belajar dalam keresahan.
KELAB TAHA
Ramai yang mencari kaunter Tabung Haji, sebenarnya pegawai tersebut sudah datang dan terpaksa pulang jam 3.30 petang. Semenjak pagi jam 8.00, beliau menunggu ibu bapa sesi pagi, seramai 100 orang murid lebih yang menggabungkan diri dalam kelab TAHA. Rupanya ramai juga yang berminat sehingga pihak Tabung Haji yang tidak senang duduk lama.
Untuk memberi respon berhubung permintaan admin tentang kipas di atas, sila emel kan ke afraima@yahoo.com atau hubungi 019-4424417.

Sambungan foto-foto, klik Baca Sambungan
Pemeriksaan terhadap sambungan kabel, lampu menyala, kenapa kipas tidak berpusing, sedang ianya datang dari arus yang sama
En.Adam, sedang membuat pemeriksaan dibangunan kabin yang baru siap 6 bulan
Pegawai Tabung Haji Bandar Baru, sedang membuka keahlian kelab TAHA
Penghargaan kepada yang pergi, para pengawas2
yang telah banyak membantu sekolah
Terima Kasih Semua
Comments
nak panggil ape yer?x tau nak panggil ape la...oo..mengajar kat sekolah kebangsaan bangi ye..kalau nak tau..sy adalah bekas pelajar sekolah kebangsaan bangi tahun 1992.so..sy tgk dlm blog nie..ade lagi cikgu rabitah yer..fuh..lama betul tue cikgu rabitah kat sane??