14 Julai 2009 di SK Bdr Rinching

15 Julai 2009. SK Bandar Rinching, Semenyih. Satu Mesyuarat Jawatankuasa Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat kali pertama di adakan. Seramai 30 orang guru-guru bimbingan hadir mewakili setiap zon masing-masing. Turut hadir ialah beberapa orang guru baru yang mula berkhidmat di daerah Hulu langat ini.

Dalam mesyuarat ini, guru bimbingan di hidangkan dengan persembahan PRS dari sekolah berkenaan, guru bimbingan kemudian di ajar bagaimana memuat naik gambar dan berita perkembangan prs semasa ke laman web www.eprs.ppdhl.net.

Jawatankuasa kemudian duduk berbengkel, setiap unit sekretariat memutuskan untuk mengadakan program masing-masing, antaranya ialah lawatan ke Kelantan, kempen Bahaya Rokok di USIM, kursus keprofesionalisme guru-guru bimbingan di Janda Baik dan menempah satu baju PRS untuk para guru.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre