Menunggu Hidayah Dari Langit

En. Hafnee, Presiden PENDAMAI, sebuah persatuan bekas penagih-penagih dadah pernah mengatakan di depan mahasswa CIAST, Shah Alam, "Jangan cuba-cuba (sekali-kali ) mendekati dadah, kerana sekali kamu terkena, tiada (lagi) jalan keluarnya, kecuali kamu benar-benar anak jantan".

Sambungnya lagi, "jangan pandang aku (sebagai bekas penagih dadah yang berjaya pulih), kerana (manusia seperti) aku (adalah) 1 dalam seribu". Baginya, turning point (titik untuk kembali) adalah 2. Satu adik perempuannya yang siang malam membaca Al-Quran, khatam berkali-kali dalam setahun, sembahyang tidak pernah tinggal, tetapi akhirnya menjadi penagih dadah jua. Malah pernah datang padanya untuk membeli dadah.

Yang kedua adalah penyapu emaknya yang dipukul bertalu-talu diatas mukanya. Peristiwa bersejarah ini berlaku ketika dia ingin pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira pada sang ibunya, bahwa dia sudah benar2 ingin pulih.

Sekembalinya di rumah, dia masuk ke dalam rumah, ibunya keluar, sekejap kata ibunya, sambil masuk ke dapur, sebentar kemudian ibunya keluar membawa sebatang penyapu dan memukul ke mukanya bertalu-talu, dia hanya diam sahaja dan tidak melawan. Minta ampun mak, saya tak boleh lama disini, polis sedang mencari saya. Terus dia keluar lari ke Johor mencari pekerjaan.

Rata-rata penagih sebenarnya ada keinginan dihati kecilnya untuk pulih. Hati kecilnya menangis sampai bila aku harus begini. tetapi hati besarnya tidak mampu melawan keinginan nafsu. Namun mereka tidak berusaha dengan sebenar-benarnya. Hanya menunggu hidayah turun dari langit.

Cerita yang saya dengar dari Hafnee, bukan main susah untuk berhenti. Sungguh panjang dan bisa berurai airmata sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sampai habis ceramah beliau di CIAST tadi, seorang remaja lelaki datang, bang katanya, terima kasih di atas ceramah tadi, kerana ceramah abang tadi telah mengubah persepsi saya selama ini.

Berminat jugak saya ingin tahu apa maksudnya. Apa persepsi anda sebelumnya, tanya saya. Saya fikir menagih dadah ini senang untuk berhenti. Oh tidak. Kamu jangan fikir macam makan nasi kerabu, mudah untuk memula dan senang untuk berhenti.

Pernah suatu ketika, di UKM, Hafnee di panggil oleh cendiakawan, Hafnee, tanya profesor itu, cuba ceritakan betul-betul pada kami, jangan pusing-pusing jawapan kamu. kenapa penagih yang sudah lama di pusat serenti, sudah berhenti mengambil dadah, sudah gemuk, tetapi apabila dia bebas, akhirnya jatuh semula....kenapa..??

Anda tahu kenapa? saya menunggu respon anda semua...

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre