Putus Akal Ku

fikahBANGI. ENTAH apa yang membuat seorang murid ini tidak mahu ke sekolah. Pagi-pagi dia beriya-iya mahu ke sekolah, apabila sampai di depan pintu pagar, semacam ada lembaga besar yang menunggunya, begitulah kata-kata ibunya. Pihak kaunselor sekolah bagaikan putus akal memujuknya kerana dia tidak mahu bercakap, walau dengan ibu dan bapanya sendiri sebab tidak mahu ke sekolah.Pelbagai teknik diguna supaya dia membuka mulut, namun tetap membisu seribu bahasa. Sehari-hari hanya menangis dan menangis. Sehinggalah ibunya datang menjemput dan membawanya pulang. Murid ini bukan tahun satu, tetapi tahun 3. Sebenarnya ada 3 orang yang tidak datang sekolah dalam tempoh yang lama. Kami tidak menafikan ada kemungkinan hal ghaib yang menjadi faktor. Oleh itu,mohon kepada sesiapa yang mempunyai ilmu bab ini, untuk membantu sekolah mengatasi masalah ini. .. Namun ada beberapa sebab yang menjadikan seseorang murid tidak mahu ke sekolah. Antaranya : 1. Guru Garang 2. Kawan mahu pukul, minta duit 3. Kerja sekolah tidak siap 4. Manja, suka tinggal di rumah 5. Ada makhluk halus sering menemaninya dan mengajak bermain. Namun dalam kes ini, didapati ibu murid adalah seorang yang agak garang dengan anaknya.

Comments

slm tn syeikh..
smga dlm rahmat-NYA.

ada bnyk faktor mrd jd lagu tu..
n bnyk blaku d sklh lain gak..

memg fktr yg mganggu d sklh, n fktr ksronokn duduk di umah jg antr pybbnya..

apapun, klrga jg spatutny mjadi pdorong (n pmujuk?) anak2 mrka yg bmasalah spt tu..bukan dserahkn bulat2 kat guru/sklh je..

wslkm.

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre