Tiada Tandingan

JAUH untuk menghuraikan sebuah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Mungkin foto ini adalah secebis kiasan bagi mencerminkan bagaimana perasaan seorang manusia bergelar ibu untuk melihat anaknya bahagia. pelbagai pengorbanan dilakukan semata-mata agar anaknya bahagia. Ketika diambang peperiksaan sebegini, rata-rata ibu yang punya agama, akan sentiasa bermunajat kepada tuhannya, agar anaknya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.Walaupun UPSr bukan sijil untuk masuk syurga. Tapi itulah sekelumit dari kejayaan-kejayaan yang kecil di atas muka bumi. Dari dialog yang admin telah lakukan terhadap beberapa orang ibu dan bapa, yang mana anak mereka berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang lalu, rata-rata mengakui, doa tidak pernah dikesampingkan.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre