Menghalakan murid ke SMU Arab
Tika dan saat ini, semua pelajar tahun 6 sedang memikirkan hala tuju masing-masing untuk menyambung ke sekolah menengah apa dan dimana? Ramai lagi yang masih dalam ketidak tahuan. Apalagi sekarang ini timbul peraturan baru, semua ibu bapa hendaklah mengisi sendiri borang untuk ke sekolah berasrama.
Saya tampil pada suatu hari untuk memberikan sedikit wejangan kepada murid khususnya tahun 6. Jika anda tidak tahu ke mana hendak tuju, cikgu syorkan pergilah ke sekolah agama arab. Disana kamu boleh belajar bahasa arab, sains, geografi, sejarah dan macam-macam. Malah bahasa Cina pun ada. Jika anda belajar bahasa arab, kamu akan lebih memahami agama, dan isi kandungan Al-Quran.
Lulusan dari sekolah agam diterima banyak universiti sekarang ini, antaranya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Univer. Islam Antarabangsa (UIA) dan lain-lain dalam dan luar negeri. Malah kamu boleh ke luar negeri.
Ada satu hadis Nabi bermakna : Barangsiapa yang membaca Al-Quran, kemudian menghafaznya, dia akan dimasukkan ke dalam syurga, dan dapat memberikan syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya, kesemuanya, yang mana mereka itu, telah diwajib masuk neraka". Lihatlah, orang yang ke sekolah agama, apalagi ke sekolah tahfiz, mereka ada masa depan yang cerah di akhirat, dapat menolong keluarga lagi.
Syukur, setelah membacakan hadis ini, ramai murid saya teruja, mereka datang dan bertanyakan macam mana nak ke sekolah agama itu cikgu. Nanti saya jawab, cikgu tolong carikan borang di internet kalau2 ada.
Di sini saya amat mengharapkan semua sekolah2 agama arab di belah utara dan timur, agar dapat meng-uploadkan borang kemasukan ke sekolah tuan seberapa segera untuk anak2 di Kuala Lumpur dan Selangor yang hauskan ilmu agama. Antara sekolah yang sangat mashyur di Malaysia ialah :
1. Madrasah al-Taufiqiah al-Khairiah al-Halimiah. ... (Kedah)
2. Maahad Muhammadi lelaki dan perempuan di KOta Bharu
3. Maahad Muhammadi (p) di Pasir Pekan, Kelantan
4. Madrasah Darul Anuar
5. Madrasah Tarbiah Mardhiah Panchor Kemumin
6. Maahad Tahfiz Sains Tulen Tanah Merah Kelantan
dan banyak lagi, saya telah menghubungi sekolah lama saya, minta ustaz tersebut agar memuatkan borang. Kepada pembaca semua, jika ada maklumat berkaitan sekolah agama arab, sila berikan respon segera.
Comments
Cadangan saudara amat bernas kepada pelajar2 ini. Itulah pemikiran Islam yang perlu ada bagi mukmin sejati.
Saya seorang pengajar dan pada masa yang sama merupakan pendidik yang memberi ilmu teladan pada anak bangsa.
Saya ada berhasrat menubuhkan sebuah institusi yang selain menyediakan peluang kepada pelajarnya segulung ijazah berbentuk profesional sama jurutera, akauntan, pendidik ilmu fardhu kifayah dan sebagainya, mereka juga merupakan juga perlu menerima didikan tahfiz agar menjadi profesional islam yang mampu memimpin anak bangsa yang menjadikan Islam teras hidup.
Mungkin kita dapat bekerjasama ...