WANITA LARIKAN BEG DALAM MASJID DITAHAN

KUANTAN (23 Ogos 2009): Polis menahan seorang wanita yang cuba melarikan beg tangan seorang jemaah wanita yang sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang, mangsa yang datang ke masjid berkenaan bersama suaminya meletakkan beg tangan di tepinya untuk menunaikan solat sebelum dihampiri wanita berkenaan yang tiba-tiba mengambil beg tangan mangsa dan melarikan diri. Mangsa yang menyedari kejadian berkenaan mengejar wanita itu sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan masjid berkenaan.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata pengawal keselamatan masjid berkenaan berjaya menahan wanita terbabit kira-kira 500 meter dari tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis. "Siasatan awal mendapati, hasil ujian air kencing dijalankan wanita terbabit positif dadah jenis syabu dan polis menemui semula beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai lebih RM50 serta beberapa dokumen penting," katanya di sini, semalam. Beliau berkata, wanita terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Sumber:

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre