Akhirat Nanti Tempat Pulang Kita

Alangkah singkatnya hidup, antara azan dan sholat, begitulah perumpamaan tempoh manusia hidup. Bukankah hanya sekejap saja antara azan dan sholat? Waktu kita dilahirkan, bapa kita meng-azankan di telinga kita, dan, sewaktu... kita pergi buat selamanya nanti, orang ramai yang membetulkan saf, "Sahaja aku sembahyang sunat ke atas mayat ini, Lillahi Taala". Oleh itu, sebarkan kasih sayang, ciumlah orang-orang terdekat dengan anda sewaktu anda masih hidup. Adalah, sangat pilu, mengingatkan manusia yang tidak pernah diciumi anaknya, namun ketika mayat berada di atas tikar mengkuang, ketika itu orang memanngil, siapa belum lihat lagi sila datang kemari, sapa belum cium lagi, sila ke mari. Ketika itu....waduh....apa gunanya lagi bagi si mayat yang akan mengembara ke alam barzakh, apalagi yang pergi tanpa bekalan.
Carilah dunia, seolah-olah engkau akan hidup selamanya, dan beramal-lah untuk akhiratmu, seolah-olah engkau mati esok hari. Carilah akhirat bagi dirimu. Hidup ini kontrak cuma, hanya sementara, setiap jiwa akan diberikan kesempatan sekali sahaja untuk hidup. Ayuh...semua, kita beramal. "Ku Merintih Aku Menangis Ku Meratap Aku mengharap Ku meminta dihidupkan semula Agar dapat kembali ke dunia nyata Perjalanan ruhku Melengkapi sebuah kembara Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar Diperhitung amalan Penentu syurga atau sebaliknya Tanah yang basah berwarna merah Semerah mawar dan juga rindu 7 langkah pun baru berlalu Seusai talqin bernada syahdu Tenang dan damai di pusaraku Nisan batu menjadi tugu Namun tak siapapun tahu Resah penantianku Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan Tetapi ia sebenar kejadian Kembali Ruh kembali Kembalilah ke dalam diri Sendirian sendiri Sendiri bertemankan sepi Hanya kain putih yang membaluti tubuhku Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu Ajal yang datang di muka pintu Tiada siapa yang memberi tahu Tiada siapapun dapat hindari Tiada siapapun yang terkecuali Lemah jemari nafas terhenti Tidak tergambar sakitnya mati Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan Selama ini diceritakan kini aku merasakan Di alam barzakh jasad dikebumikan Ku merintih Aku menangis Ku meratap Aku mengharap Ku meminta Dihidupkan semula Agar dapat kembali ke dunia nyata " Far East

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre