Ambillah Kesempatan

Makin Jauh Anda Berjalan, Makin Dekat pada Titik Penghujungnya.
Roda perjalanan hidup kita semakin lama semakin menuju ke titik garis akhir. Usia kita bukan semakin panjang, sebaliknya semakin pendek. Ketika kita sakit, itu adalah antara tanda-tanda kita semakin dekat dengan garisan penamat. Sepatutnya, kita semakin tekun beribadah. Namun apa yang terjadi, sebagai manusia, makin sakit, makin susah nak beribadah, bahkan ramai pula yang meninggal amalan ibadah, apalagi sembahyang 5 waktu.
Jadi, supaya kematian kita tidak mengundang penyesalan yang maha panjang, gunakanlah masa yang ada ini untuk beribadah. Ada masa, ada peluang, dirikanlah sholat sunat, jangan malas-malas. Kerana kesempatan yang ada hari tidak ada terulang lagi buat selamanya. Nak tutup aurat, sedekah, derma, tegur anak buat maksiat dan sebagainya, sekarang lah, nanti anda meninggal, ruh anda akan menderita kerana melihat anak tidak menutup aurat, tidak sembahyang, sedang kesempatan untuk menegur sudah habis. Anda akan meronta-ronta di alam ruh.Inilah yang dikatakan siksaan kubur. Sabda Nabi, rebutlah 5 sebelum datangnya yang 5. "Sihat mu sebelum sakitmu Lapang mu sebelum sibukmu muda mu sebelum tuamu kayamu sebelum miskin mu hidupmu sebelum matimu"

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre