Carilah...

"Carilah Dunia, seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari"
Ramai orang seakan boleh melaksanakan tuntutan yang pertama, yakni mencari (habuan) dunia yang sementara, tinggal isteri dan anak-anak, pergi merantau mencari uang, sampai kekadang solat terbarai, itukah namanya bersungguh-sungguh mencari dunia? Berbalik tuntutan yang kedua, sukar mencari dimana "dia" itu, walaupun didalam diri kita sendiri. Sukarnya beribadah yang dikatakan seolah-olah kamu akan mati besok hari. Melainkan orang yang benar2 akan mati esok hari, seumpama mereka di penjara, yang akan kena menjalani hukuman gantung sampai mati. Pun dalam keadaan begitu, masih ada yang termangu, buat macam tak kisah, sedangkan tali gantung sedang menunggunya... Sesungguhnya kita tidak menyedari saat kematian yang akan menjemput kita, masihkah ada yang buat tak tahu, bahawa hidup ini pasti berakhir...ya..hidup ini....akan tetapi hidup lain menyusul, yakni di alam barzakh. setelah kematian seseorang manusia, hanya 4 keadaan kematiannya. 1. Matinya macam haiwan/binatang ; Lantaran hidup seakan haiwan, tak pernah sujud dan sembahyang 2. Mati dalam keadaan kurus kering ; Kurang amalnya 3. Mati laksana tidur ; Wajahnya seperti orang sedang tidur 4. Tidak meninggal ;....{Lihat surah Al-Baqarah, ayat 154} Anda....mahu mati seperti apa? Sila buat pilihan dari sekarang....sudah? Bagus....Jika sudah, tetapkan betul2 matlamat tadi dan atur jalan menuju matlamat tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre