Sesungguhnya kamu datang dari tanah, dan akan kembali kepada tanah
Kaum muslimin dan kerabat terdekat diberi peluang menatap wajahnya terakhir kali
27 September 2009. Pak Lah, itulah nama gelaran yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Bangi lama, khususnya di Masjid Bangi dan Surau Batu 6. Semalam adalah hari terakhir beliau bernafas dimuka bumi ini, jam 2.30 petang bertempat di HUKM tingkat satu, jasadnya menghembuskan nafas yang terakhir.
Pelawat sentiasa ada
Kaum muslimin dan kerabat terdekat diberi peluang menatap wajahnya terakhir kali
Penulis sempat menziarahinya ketika beliau terlantar di Hospital bulan Ramadhan baru-baru ini. Di akhir pertemuan, beliau meminta tolong doakan saya selepas sembahyang, supaya dapat ke surau menunai sholat berjamaah lagi.
Pelawat terdiri dari sanak-saudara dan warga Taman Bangi Indah menziarahinya 
Mayat dibawa ke Masjid Karyah Bangi selepas Asar, para jamaah sempat membacakan tahlil sebelum disholat mayat sementara menunggu ketibaan Tuan Guru dari Lenggeng bagi mengimamkan sholat jenazah ke atas beliau. Beliau yang juga Imam, Bilal dan Makmun di masjid dan surau, adalah mantan Tentera di Tanah Melayu. Jenazah beliau disemadikan dengan aman di Tanah Perkuburan Bangi Lama, selepas sholat Isya' pada hari yang sama.
Sesungguhnya janji Allah, tiada yang kekal di atas kehidupan ini, melainkan Dia jua. semuanya akan kembali mengadapNya dalam keadaan bagaimana sekalipun hidup didunia ini. Artis, ulama, profesional mahupun yang miskin melarat, tetap akan menemui kematian. Al-FATIHAH
Comments