Mohon Derma Surah Yaasin

sSebagaimana lazimnya, setiap hari Jumaat di SK Bangi telah menjadi kebiasaan bacaan surah Yaasin dan tazkirah diselang-seli. Murid SK Bangi kini berjumlah 900 orang lebih. Untuk masa ini, jumlah Surah Yaasin tidak mencukupi untuk murid-murid, gara-gara tersebut ada murid yang mengambil sikap berdiam diri. Admin SK Bangi memberi peluang di bulan yang mulia ini kepada semua pembaca untuk menyedekahkan Surah Yaasin untuk bacaan murid-murid di sekolah ini sebagai sumbangan amal jariah. Boleh diniatkan pahala bacaannya untuk arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia. Anda boleh membelinya dengan harga murah "sedikit kot"di Mydin atau mana-mana kedai berhampiran. Jumlah diperlukan sekitar 100 buah lagi.
s
Foto menunjukkan murid-murid di SK Bangi membava Surah Yaasin pada hari Jumaat. Anda boleh menyumbang seberapa yang mampu.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre