Motivasi Terakhir

04 September 2009. Cikgu, terima kasih cikgu kerana mengajar saya selama ini, maafkan kesalahan dan kesilapan saya, halalkan ilmu yang cikgu beri pada saya, doakan saya jadi murid yang berjaya cikgu. Itulah antara ungkapan dari murid-murid yang disampaikan kepada guru-guru tahun enam dalam majlis ringkas pagi ini. Para guru yang didatangi tidak dapat menahan sebak, lalu menguyurlah air mata kesyukuran, kegembiraan dan harapan yang menggunung. Semoga segala hajat anak murid kami dan kami semua sebagai guru-guru, termakbul jua Ya Rabbi. Wahai murid, jangan lupa jasa guru, sepandai apapun kita, jasa guru sangat besar, terutama guru tahun 1, mereka lah yang mengajar A,B, C hingga Z, tangan merekalah yang telah membimbing kita memegang pensel, merekalah yang mengajarkan 1,2 dan 3. Majlis Berbuka Puasa dan Sholat Hajat SK Bangi hari ini, mengadakan majlis berbuka puasa bersama ibu bapa, murid tahun 6 dan guru-guru. Sebelah malamnya, di ikuti bacaan Yasin, sholat Hajat dan sholat Terawikh.
Murid memenuhi khemah di luar bangunan sekolah
Para hadirin terdiri dari guru-guru

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre