Bagaimana L4 Berfungsi

Rupa Bentuk Borang L8
Mungkin ramai yang masih "bingung", bagaimana L4 berfungsi dan bagaimana supaya ia berfungsi.Baiklah, mari kita lihat bagaimana ianya befungsi. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk mengguna sistem penghantaran laporan secara automatik. Laporan ini akan dihantar oleh semua guru bimbingan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dalam bentuk fail excel. Fail ini kita namakan L4.
GBSM akan mengisi borang ini.
Setelah borang tersebut di isi dan dihantar melalui internet dengan menggunakan sistem upload, borang2 tersebut akan digabungkan oleh pengurus khas bagi setiap negeri dan daerah. Apakah anda akan di detect jika tidak menghantarnya, ya. Sebagai contoh Sistem ini akan menunjukkan kepada pengurus (JU) bahawa bakul sekolah rendah Daerah Hulu Langat hanya ada 40 fail. Ini membawa makna hanya 40 buah sekolah sahaja yang telah menghantarnya. Begitu juga dengan sekolah menengah. Jangan berlegah lagi, sekarang silakan muat turun borang tersebut dengan hanya klik disini. Lihatlah borang ini, awas, jangan mengubah-ngubah struktur borang tersebut, walau kelihatan ada yang tidak lengkap.
Isikan maklumat yang diminta
Hingga di sini
Layari http://l4kpm.net untuk mula memuat naik. Sila lihat entri/posting/artikel saya sebelum ini untuk mendapatkan langkah-2 menghantarnya. Klik disini.
Data yang telah anda hantar, akan digabungkan dalam fail excel ini mengikutdaerah masing-masing.Pada ruang SK Sungai Serai bertanda 0, maknanya fail belum dihantar lagi. Pada ruangan nombor 1 menunjukkan SK Ampang Campuran telah menghantarnya.
Dengan demikian, pegawai kaunseling daerah, negeri dan Kementerian dapat mengetahui maklumat semasa secara cepat dan hemat, tanpa banyak kertas dan ruang.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre