Bapak Kembali ke Alam Barzakh
05 Oktober 2009. Jam 7 pagi ini, mertua saya kembali menemui Ilahi di Kampung Karang Jambu, Jawa Tengah, Indonesia di rumah anaknya. Kali terakhir bertemu ialah pada penghujung 2007 di Medan. Bapa mertua saya selalu mendoakan agar sukses S2 hingga S3 dan dapat ke tanah suci secepatnya. Manakala ibu mertua sudah pergi dahulu sekitar 2007.
Hidup ini bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Kapankah masanya, itu adalah rahsia Tuhan sebagaimana terkandung dalam Surah Luqman ayat 34 : "Dan pada Tuhanlah pengetahuan tentang hari Kiamat, dimana turunnya hujan, apakah (nasib dan rezki) bayi dalam kandungan, dan apa yang akan dikerjakan oleh manusia esok hari, dan dimana kah tanah kuburnya "
Al-Fatihah untuk insan yang sekali datang dan telah pergi buat selamanya. Menurut Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, jika kamu ketahui ada orang meninggal pada hari ini, maka sholat jenazah ghaiblah pada malamnya. Pastinya ada keuntungan secara rohani kepada siapa yang mahu mengamalkannya.
Comments