Ke Maqam Ahli Syurga
Di maqam Arwah Faizal. Selayang
Di usia 14 tahun, dia belum pernah kenal sekolah, pensel dan tulis, tidak pernah berkomunisi dengan sesiapa, tidak tahu makan dan minum sendiri, semuanya di uruskan oleh ibunya yang penyayang. Dari memandikan, mengelap, menyuap makan dan minum, sehari-hari hanya dengan biskut dan air teh.
Sehari-hari hanya duduk dibangku, jika ia puas, ia berbaring, jika tidak selesa, dia tidak tahu berkata-kata, hanya menangis dan menangis. Sayu melihat Faizal semasa masih hidup, walaupun lahir normal, tetapi hidupnya kemudian tidak sempurna seperti insan yang lain. Sedang 2 adiknya sudah meninggal dunia lebih awal.
Pernah arwah Faizal menaiki kereta saya, waktu itu saya berbangga, kerana seorang ahli syurga telah dan pernah menaiki kereta saya, semoga saya dan keluarga boleh menumpang kebahgiaannya di akhirat kelak.
Comments