2012 Tahun Sekolah Bebas Dadah

SAMSUL
MUNGKIN bagi sesetengah antara kita gemar mempelajari sesuatu yang baru. Namun ada pula yang bukan tidak suka, tetapi tanggungjawab sehari-hari menghambat keinginan hati kecilnya.
Salah satu cabang ilmu yang diperlukan oleh kaunselor dewasa ini ialah Ilmu Penyalahgunaan Dadah. Umum mengetahui gejala ini semakin subur berkembang dan bertambah rancak. Sedangkan kerajaan mewartakan tahun 2013 adalah Tahun Sekolah Bebas Dadah. Perlu di maklumkan bahawa, Negeri Selangor adalah antara negeri yang berada pada rangking teratas dalam jumlah penagih yang ramai, sementara Daerah Hulu Langat adalah yang paling tertinggi jumlah penagih. Dan Bangi Lama merupakan kawasan paling hitam dalam komuniti Hulu Langat.
Justeru, berangkat dari fakta tersebut, kaunselor perlu giat menjalankan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh untuk menyedarkan kepada para pelajar, bahawa penyalahgunaan dadah sangat besar impaknya di dalam kehidupan sebagai manusia. Majoriti kaunselor setakat ini belum mempunyai ilmu "penyalahgunaan dadah" secara kolektif. Maka perlunya mereka mencari jalan seperti membawa pelajar (sekolah menengah) ke pusat-pusat serenti, selain ceramah dari pakar dalam bidang berkaitan. USIM merupakan universiti yang menawarkan biasiswa percuma setiap tahun kepada 20 orang guru-guru seluruh Malaysia. Salah seorang lulusan USIM, Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah ialah En.Samsul bin Dolah, Pegawai Hal Ehwal Murid, PPD Hulu Langat.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre