Ceramah dadah di sekolah Rendah

Satu Penilaian Terhadap Diri Sendiri
Entah kenapa, saya jarang merasakan puas dengan power point yang sama ketika menyampaikan ceramah walaupun tajuknya sama.
Jika ada 10 ceramah, maka 10 bentuklah gaya ceramah saya ubah. Setakat ini belum ada yang saya ulang-ulang 100% persis sama dengan ceramah sebelum. Lebih-lebih lagi tajuk penyalahgunaan dadah.
Selama ini, saya banyak menggunakan slaid tersebut untuk sekolah menengah, maktab dan IPTA. Tidak pula rasa tinggi sangat isinya.
Namun hari ini, apabila berbicara tentang nikotin, stimulan, depresen, Opiat, Disigner Drug, LSD, Amfetamin, MDMA dan sebagainya, rasa macam di awan-awangan. Dari riak wajah mereka, nampaknya macam tak berapa faham apa itu istilah-istilah yang terlalu sains bagi mereka. Rasanya lain kali, untuk lebih baik, cukup saya terang secara sepintas lalu seperti dadah terdiri dari 5 jenis utama, iaitu DOSKAH. Depresen, Opiat, Stimulan, Kanabis dan Halusinagen. Cukup...
Yang lain-lain macam gambar penagih, HIV, lagu Belia Benci Dadah, nampak OK saja dan menambah bulat mata mereka. Ketika En.Faizal dari PENDAMAI yang menjadi penceramah kedua bertanya apa itu dadah? Masih ada yang ngaur. Tidak begitu jelas... Bab jenis dadah itu kena modifight balik, namun bab lain dah OK, cuma kena banyakkan cerita-cerita macam geng yang lain. En.Faizal ni katanya ada facebook, beliau nak masukkan kisah hidupnya yang sempat jatuh ke lubang penagihan ke dalam facebook.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre