Ku Temui Rakan Lama di FaceBook

"Foto 1, Yuziani Yusuf, dulu wajahnya macam anaknya, sekarang sudah jadi ibu" Foto Kenangan zaman sekolah rendah. Foto ini sangat berharga, apalagi saya tidak ada menyimpannya, kecuali hari ini terjumpa di dalam facebook rakan-rakan lama. Semua wajah-wajah sudah berubah. Ingat masa sekolah dulu selalu kawan tu bawa minyak cap kapak. Kalau tak silap Nor Azlina namanya. Walaupun 20 tahun sudah berlalu, kalau lah terbau minyak cap kapak, memori silam waktu dibangku sekolah rendah pasti terlintas. Begitu indahnya di sekolah rendah, walaupun banyak suka dan duka. Gambar ini di rakam semasa perkhemahan di Kem Kijang Kota Bharu, jika tak salah tahun 1988. Kawan saya Nik Hanifuddin ada mencatat nama saya ada disini, namun saya sendiri kurang pasti, mana satu diri saya yang sebenarnya.hehe. Antara yang masih ingat di sekolah rendah ialah perkhemahan Qiamul Lail di sekolah bersama kawan-kawan dibawah pimpinan Ustaz Mad Dahan. Ustaz ni masih ada hingga sekarang. Tinggal di Kampung Berlian dekat Pantai Bachok.sekolah

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre