MANFAATKAN EKSISTENSI BLOG ANDA
Kaunselor Daerah Hulu Langat terkenal antara yang paling ramai memiliki prasarana blog peribadi. Terlepas dari perbicaraan, apakah blog tersebut benar-benar dimanfaatkan.
Artikel ini mengajak kaunselor untuk berjinak-jinak dengan Blog, seterusnya menjadikanya sebagai media utama untuk menyampaikan maklumat, motivasi, dakwah, tips-tips berguna kepada para pelajar dan sebagainya.
Dalam pada itu, perlahan-lahanlah mendekati facebook, semalam Perdana Menteri didalam Kosmo, mengatakan "saya sudah mempunyai facebook". Ini merupakan satu cabaran buat kita semua.
Rata-rata memberi jawapan tidak ada masa, jika ditanya kenapa blog anda masih dalam kedaaan seperti setahun yang lalu. Haha. Jika kaunselor yang tidak mengajar pun masih "tidak ada masa", itulah gambaran kesibukan yang teramat sangat guru akhir zaman ini.
Anda berminat dengan inti tulisan ini? Boleh menghubungi saya di emel afraima@yahoo.com untuk menyegarkan kembali blog anda, ceriakan semula mana yang usang, sapu debu-debunya, tambah sedikit bahan pewangi, nescaya ramai yang suka bertandang.
Comments