Allah Ganti Kehidupan Lalu Dgn Kini
Sebenarnya saya tak sangka, seorang manusia yang sesudah kembali ke alam hidup normal, di ubah Tuhan gaya hidupnya. Kalau dulu entah di mana rumah, bukan hanya rokok, tetapi heroin, akhirnya beliau berubah kerana beliau ingin berubah. Kini jangankan dadah, rokok pun beliau tak sentuh.
Beliau memberitahu saya sewaktu program Penghargaan Kepada Pelajar SPADA 2008, "panggillah saya memberi ceramah, tak pe, saya suka, bukan duit target saya" katanya. Begitulah rata-rata bekas penagih membuat terapi kepulihan ke atas diri mereka dengan menyampaikan ceramah kepada orang lain. Dirinya akan merasa seperti di ceramahin jugak. Seakan bateri bertambah casnya.
Sekarang merata-rata negeri beliau pijak dalam memberikan ceramah, seminar di peringkat lokaliti dan antarabangsa. Itulah Raja Azizan, Pemilik Rumah Jagaan Nur Salam di Chow Kit bersama isterinya Kak Fidah.
Pernahkah anda terfikir ? Seorang penagih, yang hidup hina-dina pada pandangan masyarakat, akhirnya apabila dia berubah, segalanya pun berubah bagai dalam sekelip mata.
Saya juga turut terpegun dengan Yang di Pertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Tuan Haji Mohd Yunus Fathi Mohd, sekarang ini dengan Hilux hitamnya, lap top dan projektor ke mana-mana, bukan sahaja dalam negara malah luar negara.Bercakap dalam bahasa orang putih. Anda ada seperti itu?
Dalam Buletin Pengasih , beliau menyatakan "Anda boleh berubah, jika anda mahu berubah.." Ya, segalanya terletak pada kemahuan diri sendiri.
Comments