Bersama Staf N17 di Port Dikson

07 Disember 2009. Semalam petang, jam 6.30 lebih kurang, saya dihubungi pihak USIM meminta menyampaikan ceramah bertajuk "Keluarga Bebas Dadah" di POrt Dikson kepada sebahagian staf baru AADK seluruh Malaysia. Walaupun hanya bertindak selaku penceramah ganti, saya merasa puas dengan isi yang saya sampaikan, kerana bahannya saya kumpul sendiri sejak sekian lama. Kepada Staf tersebut yang rata-ratanya masih muda belia, saya mengajak datanglah sesekali ke blog saya untuk membaca artikel tentang dadah dan berikanlah sedikit ulasan, kerana tuan-tuan adalah orang yang berminat dengan dadah.
Dalam blog ini, saudara bleh mencari di kotak carian (search) tersebut dadah, turning point, 7 Langkah Kepulihan, Kisah Suadara Hafney, dan sebagainya, saya sedang mengumpulnya dan yang terkini akan masukkan nanti "keluarga bebas Dadah".

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre