Carilah Solusi Dalam Hidup Ini


"Sesungguhnya Tuhan kamu Dia akan mengumpul antara kamu semua (hari kiamat) untuk menyelesaikan pertelingkahan antara kamu (yang mana belum selesai) di dunia ini" Surah As-Sajdah

Hidup ini penuh dengan cobaan, ujian akan datang bertimpa-timpa selagi kita hidup, ianya bagaikan pantai dan ombak. Namun, solusi penyelesaian sentiasa ada, tinggal kita mahu berlapang dada menerimanya atau tidak.

Manusia yang bertengkar dalam urusan politik, ekonomi, dunia dan apa sahaja sehingga tidak menemui jalan penyelesaian (solusi), tahu-tahu dia menang dimahkamah dunia, sedangkan dia bersalah, jangan sedap sangat, tuhan sudah berjanji akan selesaikan kes yang tersangkut di mahkamah dunia ini di padang mahsyar kelak.

Kalau kita nak tunggu tuhan yang menghakimi kes yang kita hadapi, OK, tuhan boleh (selesaikan), kerana Dia Ahsanul Hakimin (Sebaik-baik Hakim). Namun derita menunggu penyelesaian itu sangat dahsyat, bayangkan di tengah kepanasan mentari, mahkamah bersidang.
Juteru...


Lalu untuk seatle segala masalah di dunia ini, kembalilah kepada ajaranNya.(Fafirruu IlalLah) Kembali kepada Allah. Itulah sebaik-baik (solusi) jalan penyelesaian.

Jika kita lari dari ajarannya, kelak di timpa permasalahan yang bertambah-tambah, masalah sosial, ekonomi, politik dan segalanya akan berdatangan satu demi satu.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre