Peranan Ketua Keluarga Membentuk Imej Keluarganya
Salah Tanggapan
Masyarakat kita salah memahami, kenapa mereka juga, yang sudah dewasa, sebagai ibu ayah, perlu mendengar syarahan Penagihan Dadah. Tujuan syarahan adalah bukan supaya mereka takutkan dadah. Tetapi supaya mereka memahami sub-budaya, tingkah laku penagih. dan punca-punca anak menjadi penagih dan cara mengelak dari berlaku hal sedemikian.
Jika ini mereka tahu dari awal, mereka dan boleh detect, anak si A ni rupanya ada ciri-ciri penagih, balik lewat malam, tidur siang hari, suka menyendiri, suka pinjam duit, suka makan berseorangan dan lain-lain. So, dapatlah mereka membuat prevention (pencegahan) seawal mungkin.
Punca anak menjadi penagih sangat penting, sebab ibu dan bapalah antara puncanya, selain anak salah memilih kawan.Lihatlah keratan akhbar di atas. Kalau begitu sikap bapa, tak hairanlah kalau anaknya nanti akan menjadi penagih, sebab keadaan kacau bilau, serabut, geram, dendam, benci dan sebagainya berkumpul dalam satu hati. Suatu hari ia akan meledak, untuk menunjukkan geloranya selama ini yang tidak dapat ditahan-tahan.
Saya tidak setuju 100% menyalahkan anak-anak kalau mereka jadi penagih disebab kan berkawan, kerana Nabi mengatakan, anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, mak bapaknya lah yang mencorakkan (keadaan keluarganya) sehingga menjadi begitu dan begini.
Namun memang juga terjadi, mak ayah baik, selalu ke masjid, tetapi anak jadi penagih, tetapi itu berapa pensen sangat dalam sekian ribuan penagih. Lebih kurang cerita Nabi Nuhlah, walaupun Nuh adalah seorang Nabi lagi Rasul, tetapi anak dia mana mahu ikut nasihat ayahnya.

Comments