Pusat tahanan sarang penjenayah

PETALING JAYA - MIC mahu kerajaan menutup Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor kerana mendakwa menjadi sarang pembiakan penjenayah khususnya di kalangan kaum India berbanding usaha untuk memulihkan mereka.

"Penjenayah kecil-kecilan yang dihantar ke pusat itu kemudian keluar sebagai penjenayah tegar," kata presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu kepada pemberita selepas merasmikan bengkel Pemuda MIC mengenai pencegahan jenayah di kalangan pemuda India di sini semalam.

Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata, beliau sedar bahawa beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga mahu pusat berkenaan ditutup.

Pusat tersebut dibina pada 1986 bagi menempatkan tahanan yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 serta banduan lain dan tahanan reman.

Samy Vellu yang melawat pusat berkenaan pada 2007 ketika menjadi Menteri Kerja Raya menegaskan, pusat tersebut sesak dan banduan tinggal dalam keadaan jijik.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre