Saya Masih Bersemangat : Hafney
09 Disember 2009. Dua hari lepas saya menyatakan sahabat saya Hafney (Pengerusi PENDAMAI) telah tidak dapat bersama saya dalam memberi ceramah pencegahan penyalahgunaan dadah beberapa siri terakhir ini. Ini disebabkan kaki kanan beliau terpaksa di potong separas betis.
Sebelum ini saya sempat singgah di SPADA, Usim di Pandan Indah dalam rangka berjumpa dengan En.Abdul Halim bin Husin (Ketua Program SPADA) selaku mantan bos saya. Kami berbincang mahu menerbitkan sebuah buku bertajuk "Membantu Pelajar Bermasalah Dalam Penyalahgunaan Dadah".
Terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung blog saya yang memberikan respon agar saya menulis sebuah buku. Saya terima pandangan itu dan hari ini bermulanya langkah pertama saya, iaitu berbincang dengan penceramah, pensyarah, pakar rujuk, pengkaji dan orang utama dalam membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan dalam memberikan idea-idea untuk membantu negara. Semoga usaha saya ini akan membuahkan hasil beberapa bulan lagi. Amin.
Setelah berbincang, saya nyatakan hasrat mahu melawat Saudara Hafney yang ditimpa musibah akibat darah membeku di kaki kanannya. Dengan tidak berfikir panjang, beliau mengirim sedikit sumbangan peribadinya.
Setelah berbincang, saya nyatakan hasrat mahu melawat Saudara Hafney yang ditimpa musibah akibat darah membeku di kaki kanannya. Dengan tidak berfikir panjang, beliau mengirim sedikit sumbangan peribadinya.
Hari ini saya ke rumah beliau (Hafney) di Kampung Pandan. Katanya ramai sebelum ini yang datang melawat, sehingga dari Thailand pun ada datang. Ini baru saya terima call kawan dari Sabah mahu datang, saya cakap tak payah, saya okey' katanya.
Bawa kereta sendiri ? Ya, saya bawa sendiri dengan sebelah kaki. Kereta auto ke? Ya. ooo patutlah.Saya boleh ke pusat serenti bagi ceramah dengan keadaan begini, tetapi tak manis katanya jika ke sekolah dengan kerusi roda dan bertongkat.
Ramai juga orang berebut nak bagi sumbangan katanya, termasuk kerusi roda.
Beliau bercerita lagi, beberapa hari lalu ramai sahabat datang ke sini sampai keluar rumah, penuh rumah ini. Mereka minta saya bagi ceramah, aku pulak yang kaki dipotong kena bagi ceramah. Tak pe lah saya bagi, saya cakap, ini baru sikit nikmat Allah tarik yang Dia berikan pada saya.
Hafney sekarang sedang menunggu tempahan kaki palsu yang di pesan seharga RM1500.00. Saya ambil yang murah je....Hari makin petang, Zuhur pun sudah masuk, saya minta izin pulang. Semoga Saudara Hafney cepat sembuh dan keluarganya dapat menerima takdir ini dengan Redha.
Allah Taala menguji kita semasa masih hidup. Apakala kita sudah meninggal, apa lagi mahu di ujinya kita?
terima kasih kerana membaca
Comments