Rasanya Mahu Menangis...
Darjah 6 belum boleh membaca ? Ya itulah yang terdapat pada segelintir anak-anak zaman ini. Disaat zaman memasuki era kemodenan, di saat seluruh kampung di perbandarkan, rupanya masih ada anak bangsa ku yang terlalu jauh ketinggalan.
Kalau dulu zaman belajar di sekolah atap, mungkin masih boleh diterima alasan tidak boleh membaca, sebab mak ayah dia orang pun tidak tahu membaca, alat buku tulis bukan mencukupi, jauh dari lengkap.
Namun hal ini tidak sepatutnya terjadi, apabila anak-anak darjah satu membaca "F.O" fo, TO,, to, Fota..., Aduh....ejanya lain, bacanya lain. Kok begitu anak-anak, mana ibu bapa mu... Apakah mereka tidak membantu mu di rumah untuk mengenal abjad A, B dan C, kok teganya dia membiarkan kamu terus-terusan begini.
Apa nasibmu apakala dewasa nanti. Kalau darjah 5 dan 6, tahap penguasaan macam anak tadika? Salah Siapa ? Guru yang mengajar bukannya tidak bersekolah, bahkan lulusan universiti. Ijazah dan diploma. Namun, kamu masih juga begitu.
Rasanya cikgu-cikgu kami dulu bukannya keluar dari Universiti, tapi hari-hari mengajar kami dengan rotan dan pembaris, kami boleh membaca, padahal mak ayah di rumah bukannya tengok buku kami, langsung tak pernah tengok, kecuali markah ujian penggal, itu pun kerana kita yang beriya-iya nak tunjukkan dari jauh. Walaupun markah merah bercampur biru tetap ada.
Aduh, apalah nasib bangsaku, dizaman menginjak era global, anak-anak ku masih tertinggal.
Comments