Selagi Anda Solat..

Intisari Solat Ditemukan bahawa beberapa pergerakan didalam solat meng-isyaratkan akan beberapa makna yang sangat mendalam. Berdiri. Orang yang boleh berdiri adalah orang yang kuat, muda dan sihat. Akan tetapi, disebalik berdiri juga, meng-isyaratkan, bahawa tidak selamanya engkau muda belia dan terus kuat, akan ada masa dan saatnya, engkau akan memasuki alam tua renta, yakni alam rukuk. Rukuk
Ketika itu engkau sudah mulai tua, kekuatanmu pun semakin berkurang, bahkan berjalan pun tidak lagi sekuat dan sepantas dulu, boleh jadi kamu akan berjalan sambil membongkok. (rukuk).
Sujud. Sebentar lagi,engkau akan menghabiskan usiamu, lihatlah ditanah, disitulah tempat kembalimu, maka mohonlah keampunan sebesar-besarnya dari tuhanmu. Dan sebentar lagi juga, engkau akan menghabiskan solatmu (usia) dengan salam. Maka akhirilah dengan salam pada semua orang sebelum engkau meninggal dunia, tiada lagi dosa dan kejahatan baik tangan dan mulutmu. Cucilah segala dosamu, kerana engkau akan pergi sebentar lagi. Manusia yang masih mendirikan solat, ia akan terasa bahawa hidup ini akan menemui ajalnya, apa yang dirasakan ini, adalah suatu kesadaran batinnya, lalu dari sebuah kesedaran ini, ia mengakhirnya segala episod-episod lakonan yang tidak baik dalam hidupnya, justeru sebaliknya, dia akan memulakan episod yang baik. Membawa watak yang baik, lemah lembut, selalu memaafkan orang lain, mengalah. Adapun... Orang yang tidak pernah solat, atau jarang-jarang menyentuh wuduk, mana mungkin hatinya boleh mengingati kematian. Jauh sama sekali, dari itu, dosa-dosa tetap dilakukannya. Konsekuennya pada dosa-dosa kecil tetap hingga mengakhiri saat-saat kematian. Sepanjang umur anak anda 7 hingga 10 tahun, maka suruh lah dia solat, tempoh 3 tahun itu amatlah panjang untuk mendidiknya, sehingga, jika masih tidak juga solat ketika usianya 10 tahun, maka ada kebenaran dari agama untuk memukulnya lantaran tidak solat. 365 hari anda suruh dia solat sebanyak 5 kali sehari, samalah dengan 1095 x 5, maka jawapannya 5,475 kali anda menyuruhnya solat.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre