Ada masanya manusia akan berdepan dengan ujian, dia akan terduduk dan memikirkan, kenapakah aku menjadi bahan ujian Allah? Kenapa tidak orang lain? Dia terlupa, walhal semua manusia dicipta untuk berdepan dengan ujian. Cuma jenis ujian dan keperitannya berbeda.
Ibarat roda, ia tetap berpusing, sekali dibawah, sekali di atas. Masa di atas kita senang dan bahagia, masa dibawah, kita susah dan menderita adakalanya. Bukankah derita seorang muslim itu adalah penghapus dosa bagi dirinya?
Cuma jangan sampai, kita menanggung susah di
dunia, dan terpaksa menanggungnya sekali lagi buat kali kedua di dalam kubur, dan akhirat. Cuba bayangkan, kalau sakit di hospital, masih ada keluarga, sekurang-kurangnya nurse yang membantu, tetapi kalau di alam kubur? Siapa yang bantu?

Dan kesusahan yang kita alami, tidak akan ada titik nokhtahnya, sehingga nyawa bercerai dari badan.Usah bertanya, sampai bila, kerana bukan hanya kita manusia, makhluk bernama haiwan pun, turut merasakan susahnya hidup.
Bukankah mereka terpaksa berpanas ditengah padang? Tidur dalam kandang tak berselimut. Kadang-kadang terkena virus dan penyakit. Mata mereka pun menangis, hati mereka pun hiba, mungkin mereka bertanya, kenapa aku dijadikan lembu....oh tuhan.
Bodoh macam lembu
Lebih menyakitkan aku, manusia sering menyindir aku apabila mereka bertelagah,"bodoh macam lembu",di sebutnya kuat-kuat. Lebih memeritkan, aku tak dapat menjawab semua tuduhan-tuduhan mereka.Bagaikan aku sahaja yang bodoh dalam dunia ini.
Saudara, Bukankah usia mereka singkat, lebih singkat dari usia kita. Hidup kita berjasad di bumi, dan jangan lupa. kita juga
akan hidup tanpa jasad di alam kubur. Siapa kata kita kan mati? Kita tak akan mati, yang mati bukan kita, tetapi adalah jasad kita, mata kita,tangan, mulut dan seluruh anggota.
Pandanglah tangan anda, hmmm... sudah berapa banyak dia berjasa membantu anda menyelesaikan urusan anda didunia ini? Masih ok kan, satu masa, dia akan berkedut, lemah longlai, dan tak berdaya lagi, mungkin saat itu anda pun tidak sempat untuk mengucapkan
selamat tinggal padanya.
Justeru, apa yang perlu anda lakukan sekarang, adalah banyakkan taubat, minta ampun kesemua dosa-dosa, mungkin kematian akan mendatangi anda dengan cara yang berlainan. Ketika anda sendiri tidak menyangka pun, bahawa hari itu, anda akan meninggal. Tanpa siapa yang anda sayangi di sisi.
norish...
Comments