Solusi Hadir Mengisi Kekosongan

Salam pertemuan, kali ini saya ingin melontar sebuah pandangan peribadi, hanya sebuah pandangan berkaitan Majalah Ilmiah di Malaysia.
Jika anda membaca halaman pendapat pada Majalah Solusi, ramai yang memuji kehadirannya, bertepatan dengan jiwa yang dahagakan ilmu agama. Seorang kaunselor SMK Saujana Impian, En.Zaher bin Ahmad (gambar sebelah kiri) mengatakan "Majalah ini patut dibaca dan dimiliki oleh semua kaunselor, kerana di dalamnya amat banyak bahan yang menarik dan boleh digunakan oleh kaunselor sekolah". Sayangnya belum ramai yang jatuh cinta dengan Majalah ini kerana belum mengenalnya. Rata-rata mereka yang pernah membacanya, akan mencari jilid-jilid yang sebelumnya. Apa yang menariknya ialah banyak perbahasan tentang agama dibincang seperti soal aurat, ibu bapa derhaka, hati dan lain-lain. Ini menjadikan majalah ini seakan baru muncul bagi rakyat di Malaysia. Sesungguhnya saya lebih suka sebenarnya, jika adanya sebuah Majalah di Malaysia yang mengupas isu dan dunia kesufian. Jika di Indonesia, saya tertarik membaca Majalah Sufi. Saya sempat belinya samapia 10 buah ketika berada di Jakarta tahun 2001. Namun sayang sekali, bumi Indonesia sangat luas, majalah ini tidak sampai di Aceh tempat saya menuntut ilmu. Ada satu tajuk yang menarik pernah saya baca iaitu "Sufi Berdasi ". Artinya sufi bertali leher. Alangkah nyamannya hidup, jika setiap hari ruh kita disirami dengan ilmu tasauf, penyuci jiwa. Namun sayang lagi, Malaysia sebuah negara yang kecil, berbanding Indonesia, penulisnya ramai dan ilmunya bertebaran dimana-mana. Sampai di Jakarta sebuah kota yang besar, jika anda sampai di sana, anda pasti akan melihat iklan pengajian tasauf dimana-mana, padahal itu dibandar lho.
Bagi anda yang belum memiliki Majalah Solusi bulan ini (Mac) saya ada stok 7 buah lagi. Yang berdekatan dengan Kajang, Bangi dan Nilai boleh lah mendapatkannya samada untuk bacaan sendiri atau di edar pada rakan-rakan anda. Oleh : Noorhisham Hamzah

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre