Alahai Omak...
Ketika menunggu giliran dipanggil semasa berada di depan kaunter Hospital Serdang tadi, saya sempat mencuri beberapa keping foto untuk subjek posting petang ini.
Belum pernah saya lihat, mungkin tuan-tuan sering melihatnya, anak-anak perempuan kecil berpakaian seperti di atas. Seluar pendek diparas lutut, malah berlubang-lubang lagi, di sesuaikan dengan kasut tumit tinggi.
Mungkin mak ayag budak itu tidak tahu akan hadis di atas, pelaksanaan hukum syariat agama adalah menyeluruh, meliputi pakaian, dan bermula... semenjak dini.
Di dalam Quran Tuhan berfirman, "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan mu dan seluruh wanita (perempuan) mukmin, hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga ke paras dada. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan kamu tidak akan diganggu ..."
Pakaian yang anak kita pakai, adalah melepasi tapisan syarikat sirim sendirian berhad. Pemegang syarikat itu adalah kita sendiri selaku mak ayah.
Dari itu wahai ibu-ibu semua, berhati-hatilah didalam memilih pakaian. Kalau boleh biarlah dari usia dini kita mendidiknya..
Comments