Bukan Hanya 1 Malaysia

Mungkin saya sudah siarkan, kisah seorang penagih yang berada di salah sebuah Pusat Serenti di Malaysia. Pendapatannya RM40,000 seminggu. Hanya dia sahaja RM40,000. Dia dan 4 orang lagi kawannya dapat sama rata. Apa kerjanya? Dia ada kerja rasmi sebagai seorang pegawai, tapi dalam masa yang sama dia juga menjalankan kegiatan memalsukan dokumen perjalanan. Sambil buat kerja tak baik itu, dia juga menjadi penagih dan pengedar kecil-kecilan akibat duit terlalu banyak. Selincah-lincah dia buat kerja licik, akhirnya tertangkap juga. Pernah masuk ISA di Kamunting, akuinya. Tapi masa dia berbual dengan saya, dia berada pusat... ya pusat serenti. Katanya... "alah encik, kalau saya menangis air mata juga keluar, sama juga encik kan, kalau saya terluka, darah juga keluar, sama encik kan" Bererti kita ni, semua manusia, bukan sahaja 1 Malaysia, tetapi juga 1 Tuhan. Boleh terima? Katanya lagi, saya suka dengar azan. Cuba azan pinta saya. Allaaaaaahu atbar.. Saya hadiahkan padanya sebuah lagu..dengarkan.... Lagu Azan yang saya belajar di Indonesia... Cukup memanggil hati-hati orang yang mendengarnya. Ah.....saya belum pernah dengar lagu ini, katanya. Ini bukan lagu saya, tapi lagu yang di ajarkan pada saya. Pun masih belum OK lagi.

Comments

Noorhisham said…
Penagih amat pandai manipulate

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre