Anak Tak Sekolah

Dalam istilah arab, kalau lebih 3 maknanya ramailah. 3 dah boleh dipanggil jamak. Dalam ribuan murid sekolah, ada beberapa orang yang selalu tidak hadir sekolah. Antara masalah yang dapat dikesan ialah : 1. Bapa seorang penagih, pengurusan anak tidak ada yang urus. 2. Bapa menyalahkan isteri, sebab tidak bangunkan anak, bahkan isteri tidur sama 3. Bangun lambat. Di tinggal bas/van Sebagai guru kaunseling sekolah, menjadi tugas saya membuat lawatan ke rumah, mengorek rahsia apa masalah sebenar hingga anak sering tidak ke sekolah. Jawapan bapa : Seperti nombor 2. Isteri saya ada penyakit, kalau tidur tak bangun, pagi-pagi saya keluar kerja, anak tidak dibangunnya. Dia pun sama turut tidur. Tak pe lah cikgu, terima kasih datang, nanti saya adjust lah macam mana. Saya cukup kesal terhadap bapa sebegini sebagai umat Islam, malu pada Cina Pekan Bangi, jam 6 pagi sudah bangun. Ini orang Melayu, jam 7 belum bangun ka. Persoalan yang kadang-kadang terlepas di mulut saya, "tak bangun solat subuh ka?" Ops...dah terlepas.... 'Ingatlah.... Assolatu Imaduddin..Solat itu tiang agama. Barangsiapa yang menunaikan solat, bererti dia mendirikan agamanya, barangsiapa meninggalkan solat, bererti dia meruntuhkan agamanya. Agamanya di sini, bukan bermakna Agama Islam yang runtuh. Tetapi agama..
Tetapi agama..manusia itu sendiri. Sebab dipadang mahsyar kelak, tuhan hanya mahu bicara soal agama, bukankah dalam surah pertama ayat yang 4 berbunyi, Maa liki Yaumiddin....Dialah Yakni Allah, Raja pada hari Agama. Dien...maknanya agama. Barangsiapa ada agama, tunggu dulu, kita akan cek satu persatu, barangsiapa yang tiada agama, go street to the heal... Free Of Charge . Any one want to try it? Kira-kira begitulah kalau cakap mudahnya. So, bapa sebagai boss dalam rumah tangga, ambillah tanggungjawab, ambillah risiko. Anak-anak wajib ke sekolah untuk belajar, kerana ini tuntutan AGAMA dan juga Negara. Jangan ambil mudah, dah dia tak nak sekolah, biar lah dia...nanti tahu lah dia susah nya bila besar nanti. Eh..eh bang...itu anak kita, kalau dia besar nanti, satu hari polis datang ke rumah minta datang balai sebab ada kes anak, bukan kah kita juga yang susah? itu didunia.... akhirat pun begitu. Makanya dalam satu surah, Tuhan menyatakan, Hari akhirat itu adalah hari yang...<Yafirruu mar u min akhihi, wa ummihi wa abihi, wa soo hibatihi wa baniih...> Hari yang lari seseorang dari seseorang yang lain, dari ibunya, abahnya, dari sobat-sobatnya dan dari anak-anaknya.. Apasal lari-lari semua? ... Dikatakan sebab takut dengan kesalahan dan dosa semasa dimukan dunia dahulu.So, ada kaitan tak dengan kulit Malajah Solusi di atas? Kebarangkalian besar memang ada. Sabda Nabi lagi....menjadi tanggungjawab bapa : 1. Mencari isteri yang solehah / baik 2. Memberi nama yang baik pada anaknya 3. mengajarkannya isi kandungan Al-Quran (ilmu) 4. Mengahwinkannya bila sampai masanya..

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre