Nenek pun Jual Dadah

Seorang member bercerita, seorang sahabatnya mantan penagih tegar, setelah keluar dari pusat, puas cari kerja sana-sini, untuk menyara anak dan isteri, namun semua tempat yang dituju tidak memberikan padanya peluang. Sijil tak ada, kelulusan apa pun tarak, mau tak mau, ada perut yang harus di isi, ada jiwa yang harus dilindungi dibawah tempat berteduh, walaupun di teratak setinggan cuma. Akhirnya, dia terpaksa buat kerja yang orang tak buat, tiap bulan pergi ambil dadah di Port Klang dan hantar ke KL, di bawa bersama nya anak dan isteri.... Upahnya.... tak mahal, hanya RM5000 untuk sekali hantar. Penghantarannya pun cuma sekali sebulan. Apa nak buat, sebab tak ada syarikat yang nak percayakan dia lagi. Syarikat mesin rumput pun takut dia bawa lari mesin rumput. Syarikat JAGA pun tak berani, takut tak terJAGA, walaupun kerja itu bahaya, terpaksa dilakukan... Stigma Masyarakat Apa sebab? Antaranya sebab penerimaan masyarakat. Sudah ada satu stigma yang berdiri kukuh dalam minda masyarakat, bahawa semua penagih, bekas penagih dan mantan-mantan penagih sememangnya tidak boleh dipercayai 100%.

Comments

Unknown said…
...inilah realiti di M'sia
...penagih masuk pusat untuk pemulihan dadah tp setelah keluar dan pulih tak ada peluang pekerjaan,..duit tak ada tapi semua nak kena bayar susu anak,sewa rumah dan makanan....so kerja yang paling mudah dapat duit..jual/jadi pusher dadah.
masyarakat paling tak percaya penagih dadah...katanya... penagih akan jadi penagih sampai mati...betul ke?
....so salah siapa?
Unknown said…
Nenek jual dadah.....nak cepat dapat duit beb.....untungpun banyak

...tapi resikonya?????
Noorhisham said…
betul-betul betul

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre