Pendidikan Penyalahgunaan Dadah di SK Bdr Rinching

BANDAR RINCHING.06 Mei 2010.Seramai 250 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching telah mengikuti ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Ceramah siri pendidikan dan pencegahan ini mensasarkan murid-murid tahun 4 dan 5. Kebanyakkan sekolah mengambil inisiatif melaksanakan program ini bagi menbendung remaja dan kanak-kanak terdedah kepada bahaya dadah di masa hadapan. Punca paling besar manusia menjadi penagih ialah rakan sebaya. Walaupun terdiri dari latar belakang dan keturunan yang baik, namun dadah tidak mengenal siapa. Untuk itu, program ceramah khas untuk memberi kesedaran untuk mengatakan TIDAK kepada dadah patut di adakan, memandangkan tahun 2013 adalah tahun sekolah bebas dadah.
Apalagi Kuala Lumpur merupakan kota paling teratas jumlah penagih paling ramai, di ikuti Melaka dan Shah Alam. Setiap hari, ada seramai 20 orang penagih dikesan dan setiap jam terdapat seorang pangih di tangkap. Tahun lepas seramai 7,000 lebih penagih baru dan 8,000 lebih penagih berulang. Melihat angka yang begitu besar, peluang untuk menusia yang menagih untuk pulih sangat tipis. Oleh itu, marilah menjauhi amalan menggunakan dadah sebagai alat untuk menghilangkan tension, kesakitan (tanpa preskripsi doktor) dan sebagainya.
Kerana sekali manusia mencuba, dia akan menjadi penagih hingga akhirnya. Awalnya adalah rokok.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre