AADK Tidak Menangkap Penagih
PETALING JAYA: “Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berperanan membantu memulihkan penagih bukan menangkap penagih selain membantu memberi nasihat kepada mereka,” kata Penolong Pengarah AADK Negeri Selangor, Zulkarnain Mohamad.
Katanya, orang ramai perlu faham tugas AADK memulihkan kembali semangat dan kehidupan bekas penagih. “Banyak kes yang berlaku penagih tidak menyedari apa mereka ambil adalah dadah, contohnya ketamin, kebanyakan penagih baru sedar selepas diberitahu ‘barang’ yang mereka ambil adalah dadah,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan program ‘Kick Drugs Out’ sempena Hari Antidadah Antarabangsa di sini, semalam. “Dengan adanya sambutan seperti ini, kami harap akan banyak lagi pendedahan diberikan kepada masyarakat mengena bahaya dadah selain maklumat terperinci mengenai gejalanya,” katanya. Menurutnya, Hari Antidadah Antarabangsa turut menyediakan pelbagai program bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya pengaruh dadah dalam kehidupan dan akan diadakan di Mydin Mall Subang Jaya, 26 Jun depan.
Sambungan
Comments
Takkanlah penagih tak tau ketamine tu dadah.....kene tipu ajalah dengan penagih.....
baguslah aadk buat sambutan nie...tapi tolonglah sampaikan sampai keceruk kampung tu...jangan sampai orang2 kg masih tak tau adanya progrem pemulihan dadah......
entah2 orang kg pun tak tau AADK tu apa....he..he..he..