Jiranku Seorang Penagih

Terkejut membaca tajuk ini bukan? Bukan jiran sekarang, tapi dulu punya. Tahunya setelah saya ke Pusat Serenti Dengkil untuk mempraktikkan sesi kaunseling. Klien saya adalah salah seorang bekas tentera. Habis sesi, waktu nak balik, seseorang menegur saya, S : Saya D ; Dia D : Encik....encik dulu tinggal di Ber... kan? S :Mana tahu? D :Saya tinggal situ jugak S : Anak pada si anu ke ... D: Tak lah saya saudara dia S : ohhh D : Anak saya dulu tinggal dengan Encik masa saya pergi kerja. S : Nurin ke....Aisyah ke.... D : Ya.... S : Ya Allah, saya tak kenal kamu tadi, macam mana boleh masuk sini? D : Ini pasal kawan-2 lah...ikut member S : Habis tu, dah masuk sini, anak ada datang tak D : Ada...hari tu waktu nak raya S : Apa dia tanya D : Dia tanya, bila ayah nak balik S : Apa kamu jawab D : Saya kata..ayah tak boleh cuti lagi....ayah tengah kerja ni... S : Udah lah, jangan buat lagi, kesian anak-anak masih kecil.Benda2 gitu bukan ada faedah pun. D : Baik encik
Saya tak cam sebab 3 perkara, pertama kerana rambutnya tiada, sudah dibotakkan, kedua sebab gelap kerana selalu berkawad dan ketiga agak lebih tua, kerana sering mengkonsumsi dadah. Habis bicara, kelihatan dia berguyur airmata, rindu pada anak...

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre