Mati berrsama Impian
Dalam hidup ini,secara umumnya, manusia bernama lelaki akan pergi dulu. Tanpa persiapan untuk mati, diri si mati akan menderita, ruhnya akan sengsara, sedang yang ditinggal, yakni isteri dan anak akan mewarisi kehilangan yang amat besar dalam hidup ini.
Kita lihat,di Negeri Amerika bagaimana susahnya sang ibu mendidik anak,setelah pemergiannya suaminya yang selama ini menjadi pemimpin dalam rumahtangga. Keluarga bahagia hanya sempat setahun 2, lantaran si ibu tidak mempunyai skill untuk mendidik anak, dia menderita, anak melawan, mengugut bahkan menyepak ibunya.
Saya ingin sambung tajuk di atas. Ada 2 makna yang ku temui dari kalimat di atas.
Yang pertama, matinya manusia disamping dia memegang segala impiannya, artinya sudah tercapai segala hasratnya, lalu di tengah perjalanan hidup ini, maut datang menjemputnya. Dia berkubur bersama impiannya yang sudah tergenggam.
Yang kedua adalah, seorang manusia yang bertungkus-lumus mengejar impian, terlalu banyak impian yang digantung dan masih belum tercapai jua, sehingga akhirnya dia mati ditengah perjalanan hidup, pun dia mati membawa impian-impiannya yang belum tercapai sampai ke dalam kubur.
Saudara, dalam hidup ini, antara nikmat yang paling mahal Anugerah Tuhan ialah akal. Akal berfungsi sebagai mencipta impian, hasrat, cita-cita. Antara impian yang mesti ada pada setiap manusia ialah, mati bersama dengan sebuah stafikat, sijil, piagam, bahawa dia sudah mendapat rahmat dan redha Allah Taala, ketika nyawanya dicabut.
Tuhan menggambarkan betapa gembiranya Dia, menyambut kepulangan hamab-hambaNya yang Dia Redhai."Radhiallahu anhum wa radhuu anhu, dza lika liman khasyia Rabbah" Redha Allah ke atas mereka, dan mereka pun redha terhadap Allah Taala jua. Itulah (Redha) balasan bagi sesiapa yang ada takut dalam jiwanya terhadap Tuhannya.
Dalam perbincangan Tasauf dimuatkan tafsir ayat ini, antara Allah dan Manusia, siapakah dulu yang Redha, adakah Tuhan dahulu meredhai hambaNya, atau hamba dahulu? Mereka berbincang, jawapan yang kita dapati, mereka menemui bahawa, Redha itu datang dari Tuhannya dahulu, selari dengan ayat ini, baru kemudian hamba pun turut Redha.
Pengertian Redha mungkin dibahas pada sisi lain dari segi pengertian umum, awam dan menyeluruh. Allah Taala meredhai HambaNya yang bertungkus-lumus mengejar redhaNya Dia dengan segala usaha, baik harta, masa, diri, dan jiwa raganya. Siang malam mentadbir diri untuk menggapai redha Allah, sehingga akhirnya dia menemui mati. sedang dia redha di atas segala kesusahan, kepayahan hidup yang tuhan takdirkan ke atas dirinya, baik miskin, kesusahan, penyakit, tidak sempurna itu ini, menannggung sebuah kesakitan batin yang teramat sangat dan sebagainya.
Lalu ketika dia mati, jiwanya masih redha dan pasrah, Tuhan menganugerahkan pangkat REDHA kepadanya.
Comments