Bosan Belajar?

Gambar ini dirakam sewaktu saya dalam perjalanan ke SK Sri Sekamat pagi tadi, lokasinya di luar kawasan sekolah SMK Jalan Reko Kajang.
Tidak dapat dipastikan pelajar ini dari sekolah mana. Namun waktu ini, jam 8.00 pagi, kemungkinan besar pelajar sekolah sesi pagi. Sering kali situasi begini anda akan dilihat. Bukan tugas guru di sekolah untuk keluar mencari dimana pelajar mereka. Ibubapa pula sememangnya tidak tahu langsung, yang anak mereka tidak ke sekolah. Mereka tahu anaknya pakai baju sekolah dan menaiki kenderaan ke sekolah. Namun apa yang terjadi, ada antara murid yang tidak hadir sehingga 21 hari.
Hal ini diketahui oleh bapa melalui surat yang dihantar pihak sekolah. Apalagi terkejutlah sang bapa, sedangkan setiap hari anaknya meminta duit untuk ke sekolah. Sementelahan di sekolah rendah, tidak pernah berlaku ponteng-memonteng. Namun semenjak kenal kawan di sekolah menengah, mereka mula berperangai macam-macam. Siapa yang rugi sebenarnya? Yang pertama ialah diri pelajar sendiri dan kedua ibubapa. Masadi usia begini sepatutnya mereka datang ke sekolah untuk belajar. Tidak dinafikan belajar sepanjang masa itu membosankan, makanya pelajar perlu membaagi waktu untuk mencari ketenangan dan mengisi kekosongan jiwa. Namun bukan lewat ponteng sekolah dan bersembunyi di belakang semak, bawah pokok atau di tangga Plaza Metro Kajang. Inilah cabaran kehidupan anak-anak di kota. Mungkin di felda gejala ponteng agak sukar untuk dilakukan, kerana mereka kurang tempat untuk melepak, apalagi semua orang kampung kenal itu anak siapa. Namun jika dibandar? Siapa mahu ambil peduli? Justeru, pelajar perlu berfikir semula, apakah ponteng sekolah ini menguntung masa depan kamu atau tidak. Mahu ke mana kamu dewasa nanti kalau sijil tak laku? Ini zaman sijil. Belajarlah...kerana belajar adalah ibadah, tuntutan agama, bukan lama pun, hanya sekitar beberapa tahun saja, selepas tamat sekolah menengah, anda boleh mula mencari kerja yang sesuai dengan bidang anda. Banyak kerja kosong, pembantu Am di kilang, Pengawal Keselamatan, Operator Pengeluaran, Bisnes jual buku-buku di jalan-jalan atau apa saja. Namun kalau nak kerja bergaji mahal, memang tak boleh lah, kamu kena ambil Ijazah di universiti.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre