Dia bukan tukang Bid'ah, Tetapi Wali Allah Yg Besar

Makam Dzun Nun Al-Misri
Sekitar 15 tahun dulu saya pernah membaca riwayat hidup beliau. Kini saya temui gambar makamnya, kepada pembaca sekalian, saya salin sedikit dari sejarah hidupnya. Semasa hendak menghembuskan nafas terakhir, Dzun Nun Al-Misri (Lahir di Mesir) telah ditanya, apa yang beliau hendak, beliau menjawab "Saya hendak tahu waktu mati sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir ini". Kemudian dia pun berkata "Takut kepada Allah menyebabkan aku sakit, rindu hendak bertemu denganNya telah membakar ku, cinta telah membunuhku dan Allah menghidupkanku". Pada masa itu, Husin bin Yusuf tiba dan meminta pengajaran dari beliau, Dzun Nun berkata, "Janganlah bercakap dengan ku waktu ini kerana aku berada dilembah yang menakjubkan, dan melihat rahmat dan kurnia Allah sedang menghujani aku". dan selepas itu ia pun kembali ke rahmatullah. Pada masa is menghembuskan nafas terakhir itu, orang nampak tangan ghaib menulis dalam bahasa arab didahinya, "Dia ini kekasih Allah, dalam cinta Allah ia mati, dia mati dibunuh oleh pedang Allah". Semasa mayatnya,dibawa ke kubur, burung-burung berterbangan mengembangkan sayapnya untuk melindungi jenazahnya dari panas matahari, jari beliau nampak keluar dari jenazahnya tatkala kedengaran azan dari masjid yang berhampiran, orang tercengang, mereka sangka beliau masih hidup. tetapi nyata ia telah mati, tetapi jarinya masih terangkat juga selepas mayatnya diturunkan ke dalam liang lahad. Selepas matinya, barulah orang ramai mengetahui bahawa beliau itu bukannya tukang bid'ah, tetapi sebenarnya ialah seorang wali Allah yang besar. Pesan-pesan beliau : 1. Muzik kerohanian (sama') adalah ubat bagi semua hawa nafsu, siapa yang mendengar dengan ikhlas, akan dapat jalan menuju Allah, barangsiapa yang mendengarnya untuk memuaskan hawa nafsu sendiri, dia adalah tukang bid'ah. 2. Tawakal kepada Allah berarti membuang segala cara dan usaha. 3. Mengasihi Aulia Allah adalah mengasihi Allah.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre