Laporan Analisa Bab Keagamaan di kalangan...
Maka satu soal selidik berkaitan bab solat terhadap beberapa kelas di sekolah ini. dilakukan. Sasaran ialah murid tahun 3 dan 4. Soalan bertumpu kepada solat Subuh. Kajian mendapati murid kelas depan, ada antara 5 hingga 8 orang mendirikan solat subuh pada hari tersebut. Mengejutkan, kelas paling belakang, tiada seorang pun yang solat subuh pada hari tersebut.
Pertanyaan kepada murid yang solat : Kenapa anda solat?
Jawapan : Emak suruh 50% dan Perintah Allah 50%.
Pertanyaan diajukan kepada yang tidak solat.: Kenapa anda tidak solat subuh hari ini?
Jawapan : 70 % Tak sempat 30 % Lambat Bangun. (jawapan lebih kurang sama)
Pertanyaan kepada yang tidak solat : Ada tak mak atau ayah kamu menyuruh kamu supaya solat pagi ini ?
Jawapan 100 % Tidak ada yang suruh.
Pertanyaan : Berapa ramai antara kamu yang ibu dan bapa tidak solat langsung?
Jawapan : 1-5 orang
Yang solat Kadang-kadang?
40%
Secara peribadi, saya melihat ada keterkaitan antara solat dan akademik. Cuba perhatikan, murid kelas depan, ada yang solat, tetapi kelas belakang? Mungkin kebetulan atau apa, 100% tidak solat.
Saya ingatkan mereka, bahawa solat mesti dibuat sejak berusia 5 tahun lagi, bahkan kata Nabi apabila cukup umurnya, 7 tahun mesti kena solat, 10 tahun, harus dipukul jika masih berdegil tidak solat. Yang menyuruh dan memukul ialah ibu atau bapa. Namun...kalau ibu bapa sendiri tidak solat.....Nak buat Guana....
Comments