Sejarah Israk-Mikraj
Majlis Penghayatan Sejarah Islam yang Agung, Israk dan Mikraj seringkali diadakan dimana saja. Dalam perjalanan Nabi dari Mekkah ke Palestin dan seterusnya ke langit hingga langit yang ke tujuh ini, adalah satu journey yang penting, disana Nabi menerima kewajipan sembahyang 5 waktu.
Semalam saya mengadakan sesi soal selidik murid tahun 5. Adalah didapati 6 orang sahaja yang sempat mengerjakan ibadah wajib ini. Manakala 24 orang lagi tidak melakukannya dengan pelbagai alasan.
Lambat bangun 2, takut tertinggal van 6, alarm tak bunyi 3, uzur 2, lupa 1 dan tak tau apa ayat kena baca 1 orang. Saya buat rumusan tiada alasan yang boleh kamu berikan nanti apabila bertemu Allah SWT. Kamu boleh beri pelbagai alasan di dunia pada cikgu, tetapi disana? Apakah malaikat akan menerima alasan remeh temeh ini?
Soal lambat, bangun boleh diatasi dengan bangun awal 5 minit. Solat subuh hanya 2 rakaat. Ramailah selepas sesi pengajaran murid perempuan yang datang nak betulkan bacaan solat. MUla-mula hanya seorang, baiklah, kalau ramai, kita tetapkan hari khusus.
Boleh dipukul
Dalam satu hadis, Nabi bersabda,"Suruhlah anak-anak mu sembahyang semasa ia berusia 7 tahun, dan pukul-lah dia jika masih tidak sembahyang ketika usia 10 tahun" Betapa beratnya ibadah ini sehingga ada kemudahan dari Tuhan untuk menghukum anak yang tidak solat.
10 tahun ialah murid darjah 4, darjah 5 sudah pun 11 tahun. Adalah sangat menakutkan siksaan dan azab bagi orang-orang yang melalaikan solat. Sehingga Nabi berpesan "Beza antara muslim dan kafir ialah solat". Cuba perhatikan dipasar raya, sekolah, pejabat, pasar malam dan dimana saja, hari ini betapa ramainya umat manusia yang mengaku ISLAM, tetapi tidak mengerjakan solat. Bermacam lah alasan diberikan.Padahal kalau dia melihat dan mendengar azab didalam kubur, nescaya tiada seorang pun yang berani meninggalkan solat, walaupun dalam keadaan sakit tenat.
Dalam hal ini Nabi bersabda lagi, Semua makhluk dilangit dan dibumi mendengar tangisan manusia didalam kubur yang disiksa, kecuali manusia dan jin. Mungkin anda pernah melihat seekor lembu yang dibasahi pipinya oleh air mata. Kalau lah boleh dia bercakap, nescaya dia akan bercakap dengan manusia, supaya bersegera menyahut perintah Allah dan meninggal laranganNya.
Comments